I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 26 Julai 2012

Pergantungan Yang Hakiki

Semua yang ada di langit dan di bumi

selalu memohon kepadaNya. 

Setiap waktu dia berada dalam aktivitiNya.


Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, 
setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti 
dan semua jalan pintas telah buntu, 
mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ya Allah, 
Gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, 
balasan kesedihan sebagai perkara yang mengembirakan 
dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, 
Berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan,
bagi mata yang tidak dapat pejam. 
Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian 
dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, 
Tunjukkan lah penglihatan ini menuju cahayaMu; 
bimbinglah kesesatan ini kearah JalanMu 
dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju PetunjukMu.

Ya Allah, 
Lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan 
dengan secerah sinar kebenaran.

Hapuskan segala tipu daya 
serta muslihat syaitan 
dengan pertolongan bala tenteraMu. 

Sesungguhnya padaMu tempat pergantungan yang hakiki.
Amin.

Selasa, 17 Julai 2012

Burning Desire

Kekuatan yang sebenarnya bukan pada anggota badan, tetapi pada minda serta semangat yang membara "burning desire"
 Semangat yang kental akan mendorong minda bawah sedar untuk bertindak . Tiada yang mustahil dalam dunia ini , sekiranya kita mahu melakukan perubahan.

Hadapi Dengan Akal Yang Matang

Menghadapi dan melalui rintangan akan menjadikan kita lebih dewasa dan mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. 

Menjadi seorang yang lebih berketrampilan dalam mengendalikan krisis, sabar serta memiliki jati diri yang tinggi.

Jadi hadapi segala rintangan yg datang tanpa menoleh ke belakang.

Rabu, 22 Jun 2011

Gabungan 3 Element.




Kecelaruan dan kurang fokus akan meletakkan diri anda di dalam ruang lingkup mereka yang tidak berani membuat keputusan.

Riadah fizikal dan minda dapat membantu menyeimbangkan element penting dalam diri anda.
Fizikal yang mantap, minda yg cukup oksigen dan relax akan membantu kita bersemangat serta fokus dalam pertimbangan yang perlu di ambil.

Manusia di jadikan dari beberapa element penting seperti tanah, air, api & angin. Jadi satukan kesemua element ini menjadi diri anda yang sebenar-benarnya.

Dalam kehidupan ini anda mesti Berani menjadi diri anda sendiri, itu adalah yang lebih penting.

Phoenix Bangkit Dari Abu.




Kecerdikan IQ
Kecerdikan EQ
Kecerdikan SQ

Akan membentuk keseimbangan fizikal,emosi dan spiritual.

(SWOT analysis)

Manusia di cipta sebagai sang juara, di bekalkan dengan segala kekuatan dan
keboleh-siagaan untuk memimpin dalam apa situasi selaras dengan pembentukan
kecekapan IQ, EQ dan juga SQ.


Kami di Asphagroup* Training & Consultancy akan membangunkan kesiap-siagaan / membangkitkan kekuatan yang terpendam untuk di jadikan sebahagian dari kecerdasan baru bagi membentuk ketrampilan diri anda yang baru.
Jangan Malu Untuk Bangkit Sebagai Diri Anda Sendiri.
(Pheonix bangkit dari abu)

Selasa, 21 Jun 2011

Hebatnya Orang Borneo.

Pertama kali ku pijak kaki ke Bumi Borneo.......sungguh indah, seumpama kampung halaman ku sendiri. Ternyata orang di sini cukup rajin berusaha, dan rata-ratanya menyenangkan.

Ku bertemu dengan seorang anak muda, berbicara dalam pelbagai soal, petah bercakap dalam loghat tempatan yang kadang waktu aku sendiri tidak berapa jelas.

Katanya ia tak banyak bawa wang tunai di sebabkan perjalanan yg agak jauh, namun ia mempunyai 3 kad kredit yang antara satunya mempunyai had limit RM50k.

Wow, hebat sungguh pemuda ini.